Peningkatan Penggunaan Pakej Buku Teks adalah merupakan salah satu fungsi Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia. BBT berharap agar pakej buku teks dapat digunakan secara optimum dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sehubungan dengan itu, satu klip video telah dihasilkan oleh BBT bagi mata pelajaran terpilih. Klip video ini bertujuan untuk mendedahkan satu contoh penggunaan pakej buku teks secara kreatif dan berkesan kepada guru-guru mata pelajaran berkenaan. Klip video ini boleh digunakan guru sebagai panduan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk/tema yang berkaitan. Klip video ini juga boleh digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk ditayangkan dalam kelas.
No comments:
Post a Comment