Friday, 15 August 2014

SPBT SKPU

PIAGAM PELANGGAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Bagi memastikan urusan SPBT  berjalan lancar, kami jawatankuasa SPBT SK. Pelabuhan Utara akan:

·  Telus dalam menentukan kelayakan berdasarkan borang maklumat murid.
·   Memastikan sekolah tidak mengalami kekurangan buku teks bagi murid yang layak mendapat pinjaman buku teks.
·   Menyediakan buku-buku teks dalam keadaan baik.
·   Memberi perkhidmatan yang cekap dan sistematik.

VISI

Menjadi Bilik Operasi SPBT (BOSS) yang cemerlang dan gemilang menjelang tahun 2015.


MISI

§Menyediakan prasarana Bilik Operasi SPBT (BOSS) yang lengkap,selamat,
   kemas, bersih dan ceria.
§  Memantapkan pengurusan yang berkualiti.
§ Menyediakan perkhidmatan SPBT sekolah yang unggul dari semua aspek.
§  Memastikan buku teks SPBT mencukupi untuk kegunaan murid yang layak.
§  Memastikan murid menggunakan dan menjaga buku teks secara maksimum.

MOTTO

Pengurusan Cemerlang BOSS Gemilang






KELAB SPBT SKPU


KELAB SPBT SEKOLAH
Kelab SPBT sekolah bertujuan membantu pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah. Kewujudan kelab ini diharapkan dapat memupuk rasa cinta akan buku teks dalam kalangan murid dan seterusnya memartabatkan kedudukannya sebagai sumber ilmu yang penting.

OBJEKTIF
§  Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.
§  Menyuntik semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan murid.
§  Memupuk rasa cinta akan buku teks.
§  Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf 
   dengan  kelab-kelab lain di sekolah.
§  Memartabatkan buku teks.

KEAHLIAN
Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat.


PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT


1)        Pelajar mesti menulis nama, tahun  dalam ruangan
            yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
2)     Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik                sahaja.
3)       Pelajar tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari , 
          bawah meja,kantin atau di persekitaran sekolah. Buku tersebut    
          akan dirampas dan tidak dipulangkan semula kepada pelajar.
4)       Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan muka surat buku.
5)      Semasa pemulangan buku, semua buku mesti dalam keadaan
          yang sempurna dan lengkap.
6)       Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun 
          akan dikenakan tindakan disiplin dan wajIb menggantinya.