1.0 MATLAMAT
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.2.2 Menyuntik semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan murid.
2.3 Memupuk rasa cinta akan buku teks.
2.4 Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab yang lain di sekolah.
2.5 Memartabatkan buku teks.
3.0 KEAHLIAN
3.1 Terbuka kepada semua murid yang berminat.3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.0 GURU PENASIHAT
4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru SK. Pelabuhan Utara.4.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak untuk merancang,melaksanakan atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
5.0 AHLI JAWATANKUASA
5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat, layak dicalonkan sebagai AJK.
5.3 Pemilihan AJK adalah secara undian.
5.4 AJK kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
5.5 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat meletak jawatan kepada Guru Penasihat.
5.6 AJK persatuan hendaklah terdiri daripada:
1- Naib Pengerusi
2- Setiausaha
3- Bendahari
4- AJK
5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.
6.0 YURAN DAN DERMA
6.1 Sumber kewangan utama kelab ini adalah melalui yuran yang telah ditetapkan ketika Mesyuarat Agung. Jumlah yuran yang perlu dibayar oleh setiap ahli adalah berdasarkan keputusan ahli Mesyuarat ketika Mesyuarat Agung pada tahun semasa.6.2 Kelab juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti yang dijalankan ataupun derma pihak luar.
6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut.
7.0 KEHADIRAN/ PENYERTAAN
7.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian kelab.
8.0 AKTIVITI
8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat AJK.8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
9.0 PERATURAN-PERATURAN
9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas kelab.9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
10.0 TINDAKAN DISIPLIN
10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
10.2.1 Amaran lisan.
10.2.2 Amaran bertulis.
10.2.3 Gantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian.
10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.
10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat kelab secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.
11.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN
11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, guru penasihat, atau pentadbir sekolah secara bertulis.
11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru besar
12.0 HAL-HAL LAIN
12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti- aktiviti yang dijalankan.12.2 Setiap ahli perlu sentiasa peka dan mengikuti setiap aktivitI dengan penuh minat.
No comments:
Post a Comment