1. Adakah
SkimPinjamanBukuTeks(SPBT)diberikan kepada semua murid sekolah di Malaysia?
Jawapan:
SPBT diberikan 100% kepada:
semua murid warganegara
Malaysia (memiliki surat daftar kelahiran/kad pengenalan warganegara Malaysia/
Sijil Pengesahan Taraf Borang W).
Semua murid yang bersekolah
di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Berasrama Penuh.SPBT tidak dibekalkan kepada
: Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Swasta, Sekolah Pendidikan Khas
2. Adakah Buku Teks Sains dan
Matematik dalam Bahasa Cina di bawah SPBT?
Jawapan:
Tidak, buku teks tersebut
bukan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks.
3. Adakah buku teks boleh
dibeli sendiri oleh murid yang tidak mahu membuat pinjaman melalui SPBT?
Jawapan:
Boleh, buku teks boleh dibeli
sendiri di pasaran terbuka atau terus daripada penerbit. Maklumat tentang
penerbit boleh diperolehi di dalam katalog buku teks melalui guru SPBT sekolah.
4. Adakah buku kerja dan buku
latihan juga di bawah SPBT?
Jawapan:
Tidak, hanya buku teks yang pakejnya ada Buku Latihan dan Aktiviti sahaja di bawah SPBT.
5. Adakah murid yang
berpindah ke sekolah baru boleh membawa bersama buku SPBT?
Jawapan:
Boleh, kalau murid berpindah
ke sekolah di dalam zon yang sama (Proses merekod maklumat dijalankan oleh guru
SPBT).
Zon SPBT:
1. Zon Utara : Perlis, Kedah,
P.Pinang dan Perak
2. Zon Tengah : Selangor, W.P
KL dan N. Sembilan
3. Zon Selatan: Melaka dan
Johor
4. Zon Timur : Pahang,
Terengganu dan Kelantan
5. Zon Sabah dan W.P Labuan